"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalm keadaan tidak mengetahui apa pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur."
(surah al-Nahl 16:78)
Di dalam sebuah kitab yang verjudul Mizanul Muslim, ada disebutkan bahawa terdapat 3 prasarana untuk mencari ilmi. Prasarana pertama adalah al-sam`u iaitu mendengar asas dan inilah yang digunakan waktu Rasulllah menerima wahyu, waktu Baginda menyampaikan kepada sahabatnya sehingga kepada kita sekarang.
Prasarana yang kedua adalah al-basar iaitu penglihatan , ia merupakan alat untuk kita mengamati atau mempelajari sesuatu ilmu.
Prasarana yang ketiga adalah al-fuad iaitu hati. Hati merupakan asas kepada pemikiran dab akal bagi setiap penuntut ilmu.
Begitu sempurna ciptaan Allah s.w.t . sehingga setiap anggota kita telah diciptakan sebagai sarana kita untuk beribadah kepadanya. Maka apa lagi alasan kita malas dan mengatakan kepada diri sendiri dan orang lain bahwa kita tidak mampu untuk melakukan ini dan itu. Sedangkan tiada ciptaan Allah yang sia-sia. Maka nikmat Allah yang manakah yang engkau dustakan?
Saturday, May 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment