Niat hendaklah ikhlas kerana Allah Subhanahuwataala
Menggosok gig atau bersiwak.
Berwuduk.
Menghadap kiblat.
Memulakan dengan ta’awwuz : أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Membaca al-Quran dengan melihat mashaf adalah lebih utama daripada membaca tanpa mushaf.
Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh orang lain dan diri sendiri
Membaca dengan tadabbur dan penuh perhatian dan berusaha memahami maksud ayat-ayat yang dibaca.
Memuliakan al-Quran. Dilarang membaca al-Quran sambil ketawa atau sambil berbual-bual, kecuali tentang sesuatu yang amat penting.
Membaca ayat-ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
Beramal dengan ajaran al-Quran.
Istiqamah membaca al-Quran terutamanya pada waktu pagi kerana Nabi Sallahualaihiwassalam mendoakan keberkatan waktu itu.
Berusaha menghafaz ayat-ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
Meletakkan sasaran (target) untuk mengkhatam al-Quran itu.
Berdoa sebaik tamat membaca al-quran kerana waktu itu merupakan antara waktu mustajab doa.
Dilarang membaca al-Quran di tempat-tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment